Tuesday, February 15, 2011

Antara Maulidur Rasul dan Valentine..




اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ 

"Ya Allah selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti Engkau kurniakan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti telah yang Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia".

The main reason saya meletakkan tajuk seperti itu utk entri saya kali ini bukan bertujuan utk membanding2kan dua peristiwa ini,apatah lagi utk mnimbulkan rasa ragu2 s'olah adanya kekeliruan mengenai hari mana yang perlu disambut dan dihargai oleh kita kali ini.
Hakikatnya,Valentine tidak harus langsung dibandingkan dgn Maulidur Rasul,peristiwa mulia dalam kalendar islam ini.. 

Valentine 2011,yg kali ini jatuh pada hari sehari sebelum Maulidur Rasul,iaitu 14 February, sebenarnya bukanlah budaya Islam,malah sangat bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri. Valentine merupakan salah satu propaganda orang2 kafir utk menyesatkan pemikiran manusia2 yg lemah,khususnya,musuh nyata mereka sendiri,iaitu Islam. 

Tahukah anda asal usul Valentine?
Saya sendiri tidak mempunyai ilmu yg besar di dada mengenai asal usul valentine ni. Bg saya,cukuplah saya tidak begitu jahil hingga berasa ghairah utk merayakan hari tersebut. Tetapi selepas saya merenung sejenak,apa salahnya saya mengambil tahu sedikit mengenai asal mula Valentine ini agar saya tidak bertambah jahil dan mudah dipengaruhi oleh perkara2 yg saya sendiri tidak mahu ambil tahu. Sedangkan orang kafir dan para yahudi sanggup mengkaji al-Quran dan agama Islam semata-mata untuk mencari setiap inci ruang untuk mereka menyesatkan umat Islam.
Untuk maklumat lanjut mengenai Valentine,sila klik SINI atau SINI.

Dan setelah membaca,saya merenung sejenak...
Betapa mudahnya cara utk menyesatkan umat manusia,termasuk saya. Sehingga elemen kasih sayang digunakan oleh para kafir utk memesongkan akidah kita. Kita sedia tahu betapa hebatnya kuasa cinta dan kasih sayang,sehingga dapat meruntuhkan jiwa yg kental dan keras..



Lantas,saya KLIK pula mengenai peristiwa Maulidur Rasul..
Peristiwa mengenai kelahiran junjungan besar kita,Nabi Muhammad SAW dan juga peristiwa2 penting lain di bulan Rabiulawal..

Maulidur Rasul bukan sekadar sambutan hari lahir,tapi lebih daripada itu. Jika anda semua menghayatinya,maka anda pasti tersentuh dan mengenali lebih dekat siapa itu Rasulullah. Dia insan mulia,yang sentiasa taat pada Tuhannya.. Yang sentiasa mencintai dan merindui umatnya.. Dari awal hidupnya,hingga hembusan terakhir nafasnya,kasih sayangnya pada kita x berbelah bagi.. biarpun tidak pernah melihat dan mengenali siapa kita,tapi percayalah,doa Nabi Muhammad lah yg sentiasa mengiringi kita sehingga di akhirat nanti..

Astaghfirullah..
Betapa banyaknya dosa saya pada Nabi Muhammad. Apatah lg kepada Allah SWT,tuhanku satu2nya..



Tiba2 saya teringat pada seorang rakan rapat saya. Malam valentine tersebut,dia bertanya kepada saya adakah saya akan pergi menyambut valentine bersama yg t'sayang.. Dan saya menjawab,saya tidak menyambut Valentine.. Lalu dia tergelak sinis,dan saya faham apa yg dia maksudkan..
Saya akui masih ada kejahilan dalam diri ini,kerana saya bukan manusia sempurna. Tapi saya tidak mahu diri saya terus hanyut dengan kelalaian saya sendiri. Saya punya prinsip,saya punya kesedaran,saya ingin selalu dekat pada yg Esa,dan saya ingin Dia juga dekat pada saya. Jika saya menjawab TIDAK,jgn memperlekehkan saya. Tapi hormati pendirian saya sekurang2nya jika anda sendiri belum terbuka hati utk kearah itu. Jika ada dosa yg telah saya lakukan sebelum ini,sedarlah itu semua datang dari diri saya yg serba kekurangan ini. Tapi bukan dari keegoan saya utk menidakkan kekuasaan Allah yg esa. Saya sedar saya hambaNya.. Saya sedar kekerdilan saya. Dan saya harap sahabat saya itu juga sedar kekerdilannya..



Jangan ego wahai manusia.. Kembalilah pada asal usul kita... Kembali pada Islam.. Kembali kepada Pencipta..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...