Monday, December 5, 2011

Ini Entry Tentang Lagu Dan Mereka :)

OK.. Ini memang entry yg betul2 buat aku rasa nak menanges,ketawa,senyum..
Sebab kali ni aku nak cerita pasal lagu dan kenangan..

Dalam keadaan yang x mandi lagi,aku bukak lappy,men game Dinner Dash untuk kali yg ke berapa ribu entah (time ni aku nak main game The Sims 3 tapi x dapat nak install plak)..
Sambil tu telinga aku ni tersumbat dengan earfon angry bird milik adik aku,disertakan volume yg paling kuat supaya aku dapat mengenal pasti segala bunyi kesan2 khas yg terdapat dalam semua lagu2 yg aku layan..

Hurmmmmm.. macam detail sangat lak aku cerita..

Then tengah syok2 layan game,tiba2 windows media player ni saja2 je nak bagi tangan aku stop n otak aku terpana bila lagu2 yg tgh play tu mengingatkan aku pada something.. someone.. somewhere.. or something ‘something’…??

Ok,aku dah x peduli lagi pasal Dinner Dash yg aku main tu..
Aku layan je lagu2 ni… sambil sengih sorang2..
Sambil terkenang2..…..

Lagu first yang aku dengar,Drowning by Backstreet Boys.. Lagu zaman muda mudi time kat skola.. Sape r yg x minat BSB..
Kadang2 rasa macam nak kahwin je dengan member grup BSB yg kita minat tu..
Lagu ni mengingatkan aku pada kawan baik aku,Najiha..
Lama x dengar cerita dia.. Kitorang minat lagu BSB n Westlife also sejak skola rendah..
Jangan main2,time darjah 6 dulu kitorang ada buat show koir nyanyi lagu Westlife.. cuba r teka sape yg jadi lead singer?? Hahaha..

Then dengar lagu Cinta Abadi by Black Rose plak.. Aku teringat kat Nisa,member geng 0 aku kat Perlis.. Kami minat lagu ni sesama,tapi tiap kali karok,apsal kita x pernah pilih lagu ni huh? Suara x sampai poaaaaaa???

Tiba part lagu Yuna,Dan Sebenarnya,aku teringat lak time aku and Ira ikut Aneesa balik Shah Alam time study week.. study week balik rumah orang?? Pehal??? Biar la,Aneesa ada abang.. hahahaha.. wth?
Time ni aku jatuh cinta gila kat lagu Yuna.. Aku rasa macam kena je lagu Yuna ni dengan suasana kat rumah Aneesa.. pehal huh?
Owh,btw,Ira n Aneesa pun member geng 0 aku gak.. kitorang berempat including Nisa.. Tapi Nisa x ikut kitorang g rumah Aneesa coz Nisa x ley kuar dari negeri Perlis.. Dia sayang sangat nak tinggalkan negeri dia..








Bila masuk turn lagu ST12 ‘Saat Terakhir’,aku teringat time dulu2.. dulu2.. alah,dulu2 time baru setahun dua belajar kat Perlis.. Kalau dengar lagu ni dalam bus otw dari Johor nak balik Perlis,mesti berjurai2 airmata..
Pasal apa ek?? Haaaaaa..
Pastu ada satu lagu ni,aku tak tahu la sape yang nyanyi,tapi tajuknya Kau Tigakan Cinta.. Lagu ni aku yg introduce kat roomate n ‘jiran-mate’ aku,Kak Jia n Zati..
Then masing2 x habis2 layan lagu ni sebab time tu masing2 tengah patah hati..
Haaaa.. nampak,kan da kantoi pasal apa airmata aku berjurai2.. Hehe..

Sob n Mat.. Dua budak tonjang macam galah.. kawan yg da lama gak r aku x jumpa.. rindu gila kat depa 2.. Bila dengar lagu Bruno Mars ‘Just The Way u Are’ n Monoloque ft Atilia ‘Kekanda Adinda’,aku mesti ingat diorang..
Sebab kami semua minat lagu yang sama..
Sampai berebut konon lagu tu hak milik masing2.. macam budak2 betul..
Cakap pasal Mat,aritu dia salah anta sms.. Nak sent kat awek dia tp tertekan nama aku.. Gila sweet n jiwang kawan aku sorang ni bila baca sms dia..
Haha.. Jaga awek ang bebaek naa mat.. :)


Aku xkan kenal Sob n Mat if bukan sebab Wawa..
Sekarang Wawa further degree kat UiTM Shah Alam.. X berkesempatan nak hangout ngan dia lagi since habis diploma..
Aku baik ngan dia time last year diploma.. Then time part 6,kitorang jadi haousemate.. Antara budak yg paling degil penah aku jumpa.. Haha..
Tapi aku harus admit,we had our very own fun time together..
Bila dengar lagu2 club cam ‘Club Cant Handle Me’,’DJ Got Us Fallin in Love’ n so watever,mesti ingat kat dia coz she got the entire collection ok!
Nak2 pasang dalam kereta,sambil jalan2.. Layan woooo..
Bab nak hilangkan stress,ley r cari dia.. :)






Ok,cakap pasal housemate.. Aku teringat kat Alia.. Rihanna’s biggest fan..
Ko bagi je lagu Rihanna kat dia,apa2 tajuk,dia mesti boleh nyanyi..
Suara dia,sedap gilaaaa.. sumpah sedap.. haha..
Dia penah perform lagu I Love The Way u Lie time dinner budak2 investment..
Aku?? Alwayz the karaoke girl,never the performer.. hahaha..

Alamak,sebut lak pasal karaoke,aku ingat kat sorang member merangkap abang utk aku n Wawa..
Dia panggil kami adik sebab dia tua.. hehe..
Fendi,dia memang pandai nyanyi.. Kalau dengar lagu Fotograf,x kisah la ‘Di Alam Fana Cinta’ ke,’Luka Seribu Rindu’ ke n so watever,mesti ingat kat abang Fendi ni coz kalau karok sesama wajib pilih lagu2 Fotograf.. heeeee..
Bila la dapat duet ngan kau lagi Fendi oi…

Owh,masih lagi dengan ex-housemate sejatiku.. Kali ni turn Kak Syila..
Aku paling suka dengar ringtone mesej dia.. Lagu Parachute by Cheryl Cole..
Sebab dia r aku kenal lagu tu.. sebab dia r aku minat lagu tu..
Sampai ke la ni… Ingat Parachute,ingat Syila.. wahhhhh…




Aku ada sorang member,merangkap ex-roomate aku,merangkap anak aku..
Tapi sampai sekarang,memang  susah gila nak contact dia ni..
Sampai kitorang mengandaikan maybe dia ni da terperangkap di alam lain n x ley kembali ke alam nyata.. ataupun mati.. agak kasar disitu..
Chikon…. Mana la kau pergi nak oi.. ko lupa mommy ko ni ke..
Alaaahai.. sedih aku bila dengar lagu Nelly ‘Just a Dream’ n lagu Craig David ‘Insomnia’.. kau x ingat ke kita asyik sumbat telinga dengar lagu yang sama tiap hari,detik n waktu.. Kita up volume habis2an sampai Siti sound kita sebab dia boley dengar dua lagu yg sama dari arah yg berbeza.. Kau x ingat ke???
Sob sob sob.. T.T

Kau pulak Siti,jangan nak sound2 kitorang lak..
Ko x ingat ke lagu Paralyzed by Rock Kills Kid yg aku minat sangat tu???
Last2 ko yang minat lagu tu,sampai ko tergamak jadikan lagu aku tu sebagai alarm tone ko..
Mimpi ngeri buat aku setiap pagi taw x…





Aku banyak member time kat Perlis dulu.. kat Muar ni,x ramai sangat coz ramai yg da membawa diri..
Tapi aku ada sorang member yg ley gak r aku contact2 bila kat Muar..
Nama dia Hanif.. Budak ni sangat fun sebab pandai gila buat magik.. pernah aku mintak dia ajar aku satu trick.. biasa r,orang x pro memang la terkial2..
Dia ley nak marah aku pulak sebab x reti2.. Cis melampau kau Hanif..
Kitorang sama2 minat Hazama.. Aku minat Hazama sebab Hazama cute,dia plak minat hazama sebab dia mengaku yang dia ada iras2 Hazama.. haha.. Bapak perasan..
Lagu ‘Cinta Teragung’ memang akan membuatkan aku sentiasa teringat kat kawan aku yg sorang ni.. Yelah.. ‘Lagu dia’ kan….
Manja budak ni,sape berkenan sila contact aku sebab dia sangat memerlukan kasih sayang.. hahaha.. Sory Han.. t’promote pulak..

Selain bestfren2 aku,aku rapat dengan kazen aku Dya,Heykal n adik aku yg paling cumil dalam dunia Ain..
Bila aku dengar lagu Hey Ho by DJ Nick,aku mesti ingat time kita keje kat Sushi King sesama.. Time closing mesti layan lagu ni.. Sambil mop2 lantai tu kan.. Teringat gak kat Yeong Yang yg x reti lirik lagu tapi still ada hati nak nyanyi lagu ni sambil vacum sushi belt.. Beriya betul..

Tapi dalam banyak2 orang yang aku rapat,aku paling banyak kenangan dengan Syed Ahmad..
Dia ni semua lagu ley wat aku ingat kat dia.. huuuuu..
Tapi the most memorable lagu bagi aku bila pasal dia ni is ‘The World is Black’ by Good Charlotte n ‘Supermassive Black Hole’ by Muse..
Huh???? Apsal lagu ni??? Macam x kena je.. haaaaaa..
Ni yg nak story ni..
Simple je story dia..
Time mula2 kitorang dok contact2 dulu,aku guna dua lagu ni sebagai ringtone n mesej alert aku..
Time tu fon aku asyek dok bunyi lagu ni je r.. Bila lagu ni bunyi je,mesti aku senyum dengan penuh gumbira,then sengih sorang2 bila baca mesej,or on calling..
Gila nostalgia kot..
Hahaha.. nampak x aku mula jadi poyo?? Nampak x??



Entry ni aku dedicate untuk sahabat2 aku yang lain gak ;
To Jimmy,Shep n Bazli.. (those in Perlis,Penang)
n To geng 5 elit (Dyla,Myra,Eni,Faiza,Syed,Faiz,Kamal,Amal n lain2),anak mama Hariz and my bestie Syafia.. (those in Muar)

Kadang2 dengar lagu pun aku ley jadi t’ingat kat korang..
Korang memang sentiasa dalam ingatan aku.. Miss u guyz so much… :)

2 comments:

Juliet_iRa~" said...

suka gak lagu2 tu..dl suka sgt2 bsb, westlife..hee..membesar ngan lagu2 tu siap tgk klip video smbil follow diorang menari..hahaa..;p

boyzone pon sm gak..kiki..

sronok kan zaman dlu2..:)

msredcheesecake said...

Lagu mmg boleh mengimbau kenangan.... Sweet memories...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...