Saturday, December 24, 2011

Reasons To Believe

Selalu cakap pakai kau aku je. Tapi kali ni nak bersaya saya boleh tak boleh tak?
Reason sebab nak bagi nampak lemah lembut and sweet..
malu lah..  =.=

Masa dekat arau dulu,saya ada ramai kawan.
Kawan ada banyak fungsi. Oh,tidak bermaksud bahawa kawan itu seperti something yang boleh dipergunakan.
Ayat tu dah menyempang doe. Perkataan 'dipergunakan' tu tak kena.

Maksud saya,ada kawan yang sesuai kita cari bila nak bergembira.
Yang boleh sama2 melalak dalam peti karok tanpa rasa segan silu untuk membuktikan yang kita ada suara lebih hebat dari mereka. 

Ada kawan yang boleh kita cari time berdukacita.
Yang boleh jadi pendengar dan penasihat yang baik dan tanpa rasa segan silu menitiskan airmata suci ini untuk tatapan mereka.
(sebagai bukti bahawa penderitaan kita adalah sesuatu yang sangat mendalam)

Tapi saya ada seorang sahabat yang lebih mengenali siapa saya.
Harap begitulah.
Sahabat yang paling saya cinta dan kasihi.
Yang selesa untuk saya berkongsi,walaupun benda tu remeh temeh je kekadang.

Bila berjauhan macam sekarang ni,for sure akan terkenang2.
Sekecil2 kenangan pun,pasti akan recall balik dalam mind sedetail2nya.
*Huh,kenapa lah aku tak boleh buat camni bila tiba bab subjek QMT..

Saya teringat dulu time final exam last semester.
Menangis2 dalam bilik sorang2 sebab takut and tension. Tak tahu nak jawab apa sedangkan paper nak start lagi berapa jam je beb!
Cuba teka siapa yang datang rumah sewa saya pagi2 buta,duduk betul2 depan pintu dengan pintu rumah terbukak luas2 pagi2 buta (paham2 r) n ajar saya time tu jugak.
Muka dia time mengajar punyalah serius,melenyapkan terus sifat kasih sayang yang selama ini terpancar di wajah beliau.
Terseksa gak time tu~

Rasa macam sedih gila bila ingat balik sebab siapa lagi yang sanggup buat macam tu untuk bantu saya sedangkan dia sendiri pon ada paper gak.
:'|

Tiba2 rasa sedih pulak nak cerita pasal kenangan lain,tapi biarlah semua tu berada dalam ingatan saya seorang.
Cuma that one yang saya share ni terlalu memainkan peranan sebab lagi berapa hari je nak final exam.
Cuma kali ni,di kampus yang berbeza.
Saya di Johor,kamu di Perlis.
Ini exam pertama saya di Johor,dan final exam untuk kamu di Perlis before kamu praktikal.

For sure situasi kita berbeza,tapi pasti ada makna tersendiri buat diri kami masing2.

Di kesempatan yang ada ni,saya mohon maaf jika ada kesilapan yang pernah melukai hati kamu. Mintak halal mana2 yang pernah kamu beri pada saya.
Saya mendoakan yang terbaik untuk kamu. Semoga dapat dekan sem ni. Semoga dapat buat praktikal dengan baik n dimurahkan rezeki habis belajar nanti.
Mesti tolong umi n walid kamu ok! :)

Walau kita jauh,kita jaga sama2 ye..

Goodluck for final exam.








I miss you Syed Ahmad..........

semoga kamu menjadi sahabat saya untuk selama2nya :)




*entri ini mungkin annoying bagi sesetengah pihak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...