Monday, February 20, 2012

Cintai Aku Kerana Allah

Nikahi wanita itu kerana empat perkara :


1. Kerana Hartanya :

Maafkan aku jika aku miskin wang dan harta. Maafkan aku jika kehidupan ku tak seselesa kepunyaanmu. Ibu bapaku tidak pernah memanjakan ku dengan wang ringgit. Hanya doa dan kasih sayang mereka yg membuatkan hidupku sempurna.


2. Kerana Kecantikannya :

Maafkan aku jika rupaku tak seelok dirimu. Tak seindah wanita lain yg kau lihat. Yang mungkin mampu membuat hatimu terpikat. Yang mungkin menjanjikan secantik2 zuriat. Apa yang allah beri,itulah aku.. Bagaimana allah menciptakanku,itulah kesyukuranku..


3. Kerana Keturunannya :

Maafkan aku jika aku orang biasa. Tiada darah istimewa yg mengalir dalam tubuhku ini. Tiada pangkat dan darjat yg dapat ku wariskan untuk anak cucuku. Tiada apa yang dapat menjanjikan tempatku disisi tuhanku.. Kecuali amal dan imanku....


4. Kerana Agamanya :

Maafkan aku jika diri ini dipenuhi dosa.. Maafkan aku jika cinta ini membuatkan aku terleka.. Maafkan segala khilafku.. Sungguh aku ini tidak sempurna.. Kerana itu tiap saat aku mengharapkan rahmatNya untuk cinta ini...



Ya allah..
Ampunkanlah dosa2ku ya allah..
Berikanlah aku rahmat dan kasih sayangmu ya allah..
Sungguh,aku lemah tanpa mu..
Disaat semuanya meninggalkanku,Engkau tetap berada disisi..
Namun masih jua aku sanggup melupakanmu..
Masih jua terlalai dgn nikmat dunia..


Ya allah..
Aku bersyukur kau temukan aku dengannya..
Aku tahu itu adalah tanda kasih sayangmu untukku ya allah..
Maka jangan kau biarkan kasih sayangku padanya melebihi cinta kita ya allah..
Kau peliharalah dia untukku.. Kau bimbinglah dia..
Agar dia juga mencintaiku kerana atas nama cintaNya terhadapmu..
Sampai satu saatnya nanti,dengan rahmatmu... Kau temukan kami kembali.. 
Dengan satu ikatan yg pasti......



Ya allah..
Ampunkan aku ya allah..
Jadikanlah hati ini redha..
Berikan hati ini kekuatan..
Berikan hati ini kesabaran..





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...