Wednesday, February 1, 2012

Lelaki Untukku

ya allah..
jika jarak yang memisah membuat kami alpa,kau ingatkanlah kami kembali kepada perjalanan kami..
jika hati yang lemah membuatkan kami goyang,kau ingatkanlah kembali kepada kasih sayang yang pernah bersemi...
jika masa depan yang membuat kami ragu-ragu,ingatkanlah kami pada erti perjuangan hidup ini..
jika kerana insan lain yang membuat kami tergoda,kau kurniakanlah sifat kesetiaan dalam hati kami..
jika kerana cita-cita membuatkan kami terpisah,biarlah takdir membawa kami bersatu kembali...

jika ini jalan yang Engkau mahukan untuk membuatkan aku semakin dekat kepada jalanMu,
maka bantulah aku agar aku redha..

jodoh kami adalah ketentuanMu..
walau diri ini tak sempurna..
tapi sempurnakanlah cinta kami dengan rahmat-Mu

tabahkanlah hati ini ya allah...
berikan aku kesabaran sepanjang menunggu bahagia itu kembali..

amin ya rabb al amin..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...