Wednesday, March 7, 2012

Adik,Kamu di Mana Sekarang..

Bukan nak cerita adik yang hilang sebab kena culik cuz family saya orang susah,bengongnya sapa yang nak culik adik aku. Dan bukan juga nak cerita pasal adik yang hilang lari dari rumah sebab saya tahu,sesusah mana pun hidup kami,tak mungkin kami sanggup tinggalkan keluarga sendiri..
Tudia kata pembuka aku.. Macam hape..
Tapi sebenarnya nak cerita pasal adik saya yg telah lama pergi meninggalkan dunia ini. Adik paling bongsu,paling nakal dan paling bijak. Adik lelaki saya yang paling berani walaupun masih kecil. Ingat lagi masa mak abah pergi mana entah memalam,tinggal saya dan dua adik lelaki saya di rumah. Adik bujang yg besar tu sibuk main game. Saya dengan arwah adik tukang jadi penonton game tersebut. Tiba2 jiran sebelah panggil keluar tengok cahaya aneh kat langit. Kitorang semua yg tengok ni agak cuak r. yelah,budak2 lagi time tu.. then saya tanya arwah adik,
‘Adik takut tak?’
Adik jawab,’tak,adik x takut pun..’

Tiap pagi adik mesti selalu bangun awal. Then si kecik tulah yg selalu kejutkan saya pepagi buta suruh bangun. Saya mesti selalu pura2 tak nak bangun. Then saya mesti tanya dia camni,
‘kalau adik nak along bangun,jawab dulu adik sayang along tak?’
Adik jawab,’sayanggg la’.. then he kiss my pipi.. oh adik,I miss that moment.. :’(

April 2006.. Bulan yg penuh dengan ujian..
Adik disahkan menghidap bleeding tumour kat otak.. sangat rare.. how come adik saya terpilih utk menerima dugaan tersebut.. adik masih kecil,baru 6 tahun masa tu..
Adik banyak spent time dekat hospital. Dan sempat operation masukkan tube dalam kepala dia dekat hospital JB. Kami selalu ulang alik hospital untuk tengok adik. Abah n mak,memang x balik rumah. Abah keja n balik terus teman mak kat hospital. Ibu bapa mana yg sanggup biarkan anak yang sakit tenat keseorangan dekat hospital.

Mak ada cerita detik2 bersama adik kat hospital. Mak kata adik tak takut dengan doktor. Pernah tu mak nak teman adik jumpa doktor,adik suruh mak tunggu kat luar. Adik cakap,
‘tak apa mak. Adik pegi sorang. Adik tak takut..’
cant u imagine,he’s only six at that time!
Masa sakit,adik selalu tanya kat mak.. siapa tuhan kita,siapa nabi kita,apa agama kita..
Dan yang paling sedih bila adik tanya,
‘mak,kenapa tuhan bagi adik sakit macam ni…’
:’(
Pernah mak suruh adik makan ubat,adik mengamuk,adik menanges.. adik kata,
‘kenapa adik kena makan ubat sedangkan adik tahu adik tak boleh baik? Adik tahu adik nak mati..’
Mak mana yang tak sedih dengar anak yang masih kecil dan sakit cakap macam tu?
Kalau saya dah ada anak nanti,saya sendiri tak nak tengok anak saya pergi dulu dari saya!
:’(

Satu hari,adik dapat balik rumah seminggu. Best sangat bila adik balik.
Tapi emosi adik sejak sakit jadi tak menentu. Adik selalu stress,selalu mengamuk. Susah sangat nak kawal adik. Percayalah,sangat sangat sangat menguji kesabaran..
Tapi satu hari tu,adik mengamuk sebab roti canai dia. Tak ingat sebab apa entah yang tak kena dengan roti canai tu..
Tapi,saya tak percaya sampai sekarang saya dapat pujuk dia time tu. Saya dudukkan dia atas riba saya,n saya suapkan roti canai tu kat dia. Lepas habis makan,saya suruh adik mandi. Adik ikut cakap saya. Itulah saat yg akan membuatkan saya menanges sampai sekarang. Sebab tulah saat terakhir saya bermanja dengan adik..
Lepas mandi,adik muntah.. then adik rebah dekat pangku mak.. nafas adik berbunyi kasar. Takut sangat.. perkataan terakhir adik… ‘mak,adik nak tidur…’
After that,adik koma 2 minggu..

Minggu yg kedua adik koma,kami adik beradik tak dapat jenguk adik kat hospital. Sibuk dengan aktiviti sekolah. Hari jumaat tu,barulah pakcik saya bawak kami adik beradik tengok adik kat hospital. Tapi macam da ditakdirkan,adik tunggu kami sebelum arwah menghembuskan nafas dia yang terakhir.. tepat kami sampai ke bilik adik,adik baru je pergi untuk selama2nya..
Sampai2 je,nampak muka semua orang suram.. terus terang,tak sangka adik dah pergi..

Tahun ni,dah 6 tahun adik pergi tinggalkan kami. Tapi,masih segar dalam ingatan bagaimana rupa adik ketika sakit. Masih terbayang saat dia mengamuk bila dia sakit. Masih teringat bila saya nampak mak menanges kat tepi tingkap hospital. Masih ingat macam mana adik bujang saya,zahid menanges teresak2 sebab dia paling rapat dengan arwah adik. Masih teringat saat orang ramai datang rumah buat tahlil,then saya menanges dalam bilik sorang2 sebab tersedar yang adik dah tak ada lagi dalam rumah tu…

Saya tertanya2 bagaimana adik sekarang.. dimanakah dia.. baikkah keadaannya disana..
Tapi saya tahu allah akan selalu memeliharanya.. dia pergi tanpa secalit dosa.. saya bersyukur kerana adik saya disayangi tuhan.. dipelihara allah dari dunia yg penuh dusta ni… :’)
Adik,sungguh hidup di dunia ni banyak dugaannya.. kalau kita tak kuat,kalau kita lupa pada allah,pasti kita terhanyut entah kemana..
Tapi kehilangan orang yang kita sayang,sememangnya sangat menyakitkan. Hanya keredhaan yg membuatkan kita kuat. Cukuplah telah tertulis bahawa ajal akan memisahkan kita semua.. tapi saya tak nak kehilangan orang yang saya sayang kerana ego,kerana benci,kerana perkara2 yang tak seharusnya menjadi punca kita terpisah. Saya tak sanggup.. hanya kasih sayang yang membuatkan hidup ini terasa bermakna. Kamu semua lah tanda kasih sayang allah pada saya..
Tolong jangan tinggalkan saya……. :’(

Untuk allahyarham Muhammad Zuhair bin Mohd Farouk,semoga rohnya dicucuri rahmat.
Along sentiasa mendoakan adik bahagia disana.. dan semoga doa adik untuk kami semua juga mengiringi kami disini..
Inshaallah di syurga nanti,kita pasti bertemu kembali…. Amin…….

ALFATIHAH untuk adik…

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...