Wednesday, March 7, 2012

Before I die…..





1.  Berjaya dalam pelajaran dan kerjaya.
Nak balas jasa mak abah. Saya bukan anak manja. Sebagai anak sulung,saya memang nampak serius sentiasa bila dgn mak abah. Kalau along x dapat tunjuk tu semua dengan sifat manja along,semoga along dapat balas tu semua dengan bagi kesenangan pada mak abah. Lagipon,mak abah deserve utk rasa hidup senang sebelum mereka pergi. Along tak nak tengok mak abah hidup susah lagi.. tak nak..

2.  Nak travel seluruh negara dan luar negara.
Nak kenal dunia luar. Bukan sekadar gadis kampung yg duduk terperuk dalam rumah untuk mengenang semua kesedihan n kesengsaraan. Buat setakat ni,hidup sebagai seorang student adalah dunia luar saya. Tapi masih lagi terbatas kerana komitmen dan wang ringgit. Takpe.. The times will come..

3.  Nak ada bisnes sendiri.
Tudiaaaaaaa.. hehe.. macam hebat pulak kannnn.. then,saya harap sangat bila dah murah rezeki nanti,saya jadi orang yang pemurah dan tak lupa diri..

4.  Hidup bahagia dengan insan yang saya cintai.
Mesti lah.. sape yang tak nak.. tapi saya mengharapkan kebahagiaan yg sentiasa dirahmati allah swt.. dan sebelum saya pergi,harap saya diberi peluang untuk membahagiakan semua orang yang saya sayang n cinta.

5.  Jadi hamba yg baik,cukupkan bekalan untuk akhirat kelak.
Yang ni sentiasa in progress. Tak boleh stop,tak boleh lupa,tak boleh lalai. Sebab sok lusa,siapa tahu ajal kita sampai.. allah turunkan saya ke dunia ini dengan sempurna segala sifat,segala limpah dan rahmat.. saya tak nak sekembalinya saya nanti ke pangkuanNya dalam keadaan yang serba kekurangan..
:’(


p/s : ikutkan banyakkkkk lagi.. tapi yang ni selalu ada dalam kepala hotak… haha… anda pula bagaimana? (eceh macam ayat iklan la pulak)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...