Friday, March 23, 2012

Bukan Salah Sesiapa



Tidak ada sesiapa yang menganiaya sesiapa.

Dugaan yang Allah turunkan itu bukanlah untuk kita saling menuding jari mencari salah sesiapa. Dan tak perlulah kita meletakkan sesuatu kesilapan itu pada seseorang jika kamu melihat seseorang itu ditimpa ujian. Setiap orang memang punya kelemahan. Tapi itu bukanlah alasan untuk kita saling menyalahkan. Kerana kita tak punya hak untuk menghukum,sedangkan kita juga punya kelemahan. Kita tak mungkin dapat memuaskan hati semua orang. Seperti saya,tak semua orang boleh menerima saya. Saya sedar kekurangan saya. Saya cuba menjadi sesempurna dan sekuat2 manusia dihadapan semua orang. Tapi ketika dihadapanNya,saya hanyalah salah seorang dari hambaNya yang lemah.

Saya terlalu kerdil disisiNya.. Bukan hak saya untuk menyalahkan keadaan atau sesiapapun…

‘Allah tidak pernah menzalimi hambaNya,melainkan mereka sendiri yg berbuat zalim terhadap diri masing2.. Sesungguhnya Allah maha pengasih serta maha penyayang..’

Kepada mereka yang sentiasa menyokong dan mendoakan kebahagiaan saya,Alhamdulillah,syukron buat kalian.. Sangat terharu apabila ada yang tumpang bahagia bila melihat saya bahagia bersama cinta hati saya selama ni.. Semoga kebahagiaan juga sentiasa menyinari perjalanan kamu semua…


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...