Friday, March 23, 2012

Jangan Dibenci Diri Ini



Jika terlalu terdesak sekalipun untuk menghilangkan rasa cinta yang pernah terjalin,jangan sampai meluahkan kata2 benci. Jangan sampai terlalu mudah mencari pengganti. Jangan sampai terlupa susah senang bersama. Jangan sampai hilang dan lenyap terus sifat penyayang itu.

Saya belum buta hati lagi. Dan saya harap saya takkan. Tiap saat saya mengharapkan petunjuk illahi. Agar saya tak tersalah menghukum. Dan buat setakat ni,hati saya yakin bahawa kamu tak punya niat untuk melukai. Saya kenal kamu. Saya kenal hati kamu. Saya takkan benci kamu. Untuk apa saya membenci. Ini semua bukan salah kamu. Bukan niat kamu. Kamu dah berkorban untuk saya. Saya nampak semua tu.

Tabahkan hati kamu sayang. Kamu akan sentiasa ada saya. Dan kita akan sentiasa ada allah. Jangan pernah berhenti berdoa. Walau kita jauh beribu batu,walau kita tak bersua muka,walau suara tak kedengaran,walau hilang tanpa khabar berita. Doa saya sentiasa mengiringi kamu. Buat cinta kita. Saya akan jaga diri saya sebaiknya,dan saya harap kamu juga sama.

Cuma saya mohon,jangan pernah belajar untuk membenci. Kerana itu cuma akan merosakkan hati. Kalau hati yang satu tu dah musnah,ke mana lagi harus saya menumpang kasih…

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...