Friday, March 23, 2012

Jangan Terlalu Mudah Menghukum



Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Saya tak mahu la terlalu menzahirkan derita saya dihadapan sahabat2 saya kerana saya juga tidak mahu mereka melihat saya bersedih. Saya adalah sahabat mereka. Mereka perlukan saya untuk bergelak ketawa,bergurau senda,menghabiskan masa2 remaja kami bersama. Jika saya bersedih dihadapan mereka,suasana pasti bertukar suram. Kalau keadaan dah jadi macam tu,bertambah2 lah kesedihan saya.

Tapi kadang2,secara tak sengaja,pasti tertumpah juga airmata ni dihadapan mereka. Apa daya saya untuk menyembunyikan segalanya. Kami tidur bersama,makan bersama,belajar bersama. Tiap saat dan waktu kami hampir sepenuhnya bersama.

Tapi cukuplah mereka mengetahui sedikit sahaja tentang masalah saya. Tak perlu mereka tahu apa sebenarnya yang terjadi. Cukuplah ianya menjadi rahsia di antara aku,si dia,dan Allah swt. Lagipon,tak semua benda boleh kita kongsi dengan orang luar. Kerana lumrah manusia,mereka akan menilai secara luaran sahaja. Menghukum tanpa merenung sedalam2nya akan hikmah dan rahmat disebalik apa yang berlaku. Kecuali perkara yang sama pernah berlaku pada diri mereka juga.

Manusia memang terlalu mudah menghukum. Semuanya akan disifatkan sebagai musibah. Konon dah terhantuk baru nak mengadah. Eh apa lah main tibai je peribahasa. Kata mereka itu lah,ini lah. Bila kita diuji,time tulah semua benda nak ceramah. Lelaki memang begitu,perempuan jangan begini.

Ya allah,perjalanan kami,sesungguhnya tuhan yg sentiasa memerhati. Dan dugaan ini adalah ujian buat kami,agar bermuhasabah diri dan mendekatkan jiwa pada illahi. Hari ini mungkin hari kami,esok lusa siapa tahu. Dunia ini hanya pinjaman. Alhamdulillah kerana kami menjadi salah satu yang terpilih. Sekurang2nya saat ini kami tersedar bahawa kebahagiaan di sana nanti yang seharusnya dikejar dahulu. Dan apa yang kami miliki di dunia,akan kami pelihara dalam hati kami,agar dapat dibawa bersama ke syurga nanti….

Sabda rasulullah saw : Demi allah yang jiwaku di tangannya. Tidak allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seseorang mukmin melainkan ada kebaikan baginya dan tiada kebaikan itu kecuali bagi mukmin jika memperoleh kegembiraan,dia berterima kasih bererti kebaikan baginya. Jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan buatnya juga.

Allah berfirman : Hai orang beriman. Berlaku sabarlah. Sabarkan dan perteguhkan kekuatanmu dan bertakwalah kepada allah supaya kamu beroleh kebahagiaan. (surah ali imran : 200)

1 comment:

Anonymous said...

Interesting anakku crite mu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...