Wednesday, April 25, 2012

Kalau Saya Seorang Lelaki


Entri ini bukan lahir dari rasa tidak bersyukur menjadi seorang perempuan. Huihhhhh,syok woo jadi perempuan. Boleh mekap2,keupayaan berfesyen yg lebih luas. Lelaki? Macam lack of choices je kan? Eh tu je ke kelebihan menjadi perempuan?

Cuma kadang2 aku terfikir,bertuahnya menjadi lelaki ni. Kalau aku diberi peluang menjadi seorang lelaki,banyak benda yang aku nak buat. Dan benda2 ni agak susah nak buat if aku seorang perempuan.

1.       Nak keluar lepak dengan geng malam2 untuk tengok bola.
Bila jadi perempuan,mana boleh kuar malam. Dah la bola selalu game tengah2 malam. Arggghh,tension. Then esok pagi ketinggalan game,rasa kecik je tengok lelaki boleh sembang pasal bola habis2an. Then bila kita nak masuk2 dalam talk diorang,segan pulak sebab kita kan perempuan. MANA TAHU APA PASAL BOLA. Ah,lelaki ni mengutuk memang kepakaran. Cuma abah dengan adik lelaki aku je yang akan sembang pasal bola dengan aku. Sebab diorang tahu,aku ikhlas kot minat bola. Cehhhhh..



2.       Boleh keluar lepak dengan member bila2 masa je.
Sama jelah macam tengok bola. Tapi yang ni maksudnya,kalau nak pergi melepak,just pergi je. Ada sesetengah tu kena la punch card ngan mak abah dulu. Tapi kalau x punch card pun,mak abah kita tu takde la nak membising sangat. Cuba kalau aku yang perempuan ni buat macam tu. Lepas siap2 tu  amik kunci terus start enjin then blah. Mau tak kena sembur balik tu?

3.       Nak buat apa pun takde kekangan.
Yang ni pun ada je kene mengene dengan kuar tengok bola n kuar melepak. Bhahaha! Eh apa la ayat aku pusing2 kat situ jugak. Sebenarnya,inilah ayat sebenar yang aku nak cakap. Perempuan kalau nak buat something yang mencabar sikit (sikit je wey,tak yah banyak2. Sikittttt je),mesti kena fikir banyak kali. Contoh nak pergi ambik angin malam2 ke,nak keje jadi mekanik ke,nak mengorat lelaki2 macho ke. Kalau dah habis fikir nak buat pun,time nak buat tu mesti akan ada mulut2 itik yang akan bersuara macam ni; ‘eh kau buang tebiat ke perempuan? Sedar ah diri tu perempuan’.. Eh? Yang jadi tukang sound tu perempuan jugak tu.. Takpun lelaki yang menyerupai perempuan tadi.. Derrrrr.. Sooooo akak2..

 Lelaki ni kurang sikit kongkongan and batasannya dibandingkan perempuan. Yelah,diorang ni lagi kuat,lagi confident,lebih berakal. Dah Allah sendiri ciptakan lelaki ni untuk memimpin dan melindungi kaum perempuan. Takkan la golongan diorang nak lemah gemalai macam kita ni. Dah la lelaki sekarang makin berkurang secara kuantiti. Kualiti pun makin kurang. Tengok je r berapa banyak lelaki sekarang yang gaya tak ubah cam mak2,akak2 kita. Tak sesuai nokkkkkk!
So lelaki,lindungi kaum wanita baik2. Jangan salah gunakan kelebihan korang tu. Rasulullah sendiri dah berpesan kepada kaum lelaki agar menjaga kaum wanita ini dengan kebaikan dan kehormatan.

hensem takkkkk? gatai.. hehe

Dan kepada kaum wanita,jagalah nilai diri kita. Kalau ada yang kurang pada diri kita,sama2lah kita ubah. Sesungguhnya kita makhluk yg sangat istimewa. Rasulullah sendiri mengakui bahawa sesungguhnya kita ini adalah teman dan pembantu yang setia buat kaum lelaki.

Terus terang aku tak suka bila lelaki dan perempuan sekarang suka bersengketa. Yang lelaki kutuk perempuan,yang perempuan kutuk lelaki. Last2 buat hubungan sejenis. Masyaallah..

Alaaaa,aku pun dulu kalau sakit hati dekat lelaki,mesti rasa tak puas hati tu memanjang je..
Tapi sekarang,aku try untuk menerima kekurangan diri masing2. Sebab sesungguhnya,aku sendiri memerlukan seorang lelaki untuk melindungi dan membimbing aku suatu hari nanti kelak….

p/s: sukanya tengok depa dua ni.. nak suami ala2 cam suami farah bolehhhh? ok bye!

4 comments:

swiss roll said...

bak hang! tup2 gambaq kawin last sekali..hehe hang dpt yg mcm tu why.. amin! ;D

Why Farouk said...

haha.. comey kan suami farah? bertuah farah.. farah pon comey.. uhuk2.. nak suami rupa macam ni boleh tak?? hehehe

hamzah ian said...

dua dua ada kelebihan ada kekurangan.. awwwwww

shark said...

harap2 tu cuma kalau:)
jgn jadi betul ok:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...