Sunday, May 20, 2012

TAHNIAH CHELSEA



Rasa puas hati gila tahun ni dengan team Chelsea. After menang piala FA, pagi tadi Chelsea cipta satu lagi sejarah bila berjaya merangkul gelaran UEFA Champions League dengan menewaskan Bayern Munich 4-3 menerusi sepakan penalti. Mulanya kemenangan macam nampak seperti berada di pihak Bayern cuz diorang da score 1 gol dan Bayern memang dah biasa main kat stadium Allianze ni, sedangkan chelsea still kosong sehinggalah minit kedua terakhir sebelum tamat, abang Drogba yg kacak lagi hensem membuka peluang buat Chelsea apabila menyamakan kedudukan 1 sama. Dan gol2 penalti kemenangan disumbangkan oleh Lampard, David Luiz dan Ashley Cole. Sayang sangat Mata tak dapat score. Tapi kejayaan Man of the Match malam tu,abang Didier Drogba yang kacak hensem dan sangat cerah itu wajar dipuji sebab gol penyamaan dan gol penalti terakhir adalah hasil sumbangan dari beliau. (perasan tak ayat aku skema cam hasbullah awang?)














Aku ada nak bagitaw 1 pengakuan ekslusif untuk korang kat luar sana. erkkk..

Mesti member aku ada yang pelik kenapa aku dulu yg fanatik MU,tiba2 sedikit2 beralih arah untuk pilih Chelsea sejak dua tahun yang lalu. Ok,kau orang tengok reason aku support MU dulu k..

1. Sebab adik beradik aku semua support MU
2. Member lelaki aku sejak sekolah dulu semua team MU
3. Sebab jersi diorang kaler merah
4. Sebab MU dengan Malaysia memang sinonim
5. Sebab player MU hebat2 la. Tu yg penting.
6. Sebab MU paling famous.
7. Sebab supporters MU gempak2.
8. Sebab MU ada CR7. Kih3

Tapi bila CR da keluar,aku tengok MU macam makin merapu2. Then,nampak sangat aku support MU kat situ sebab CR. Sangat perempuan la kalau support team becuz of player kacak.
So after that kenapa aku pilih chelsea?

1. Sebab Chelsea tak sehebat MU. So that's the challenge! Sebab aku tahu Chelsea akan pergi jauh. Nak2 bila aku dah start support. lol
2. Sebab Chelsea selalu bagi kejutan. Eh torres selama ni kena kutuk,aritu boleh buat hatrick taw. Bangga kot..
3. Sebab supporters Chels lebih cool,lebih behave dari supporters MU yg semuanya poyo and kuat maki serta perasan hebat.
4. Sebab Chelsea selalu kene pulau becuz of jersey. Mentang2 diorang biru,so supporters MU,Arsenal n Liverpool or any team jersi merah automatik kebanyakkannya akan bersengkokol bila tiba game Chels lawan salah satu dari diorang. Tak semua,tapi mostly. Sumpah aku tak suka diskriminasi.
5. Sebab aku tak nak dicop sebagai TYPICAL WOMAN FOOTBALL SUPPORTERS. Asal perempuan je mesti sokong MU. Asal MU je ramai perempuan. Perempuan yg sokong MU ni sebenarnya bukan tahu banyak pasal bola pun. Member or pakwe sokong MU,so diorang pun support la MU. Tak semua la,tapi MOSTLY.
5. Aku pilih chelsea bukan sebab sape2 k. Sape2 yg ingat aku support chelsea sebab beliau,harap maklum,gua takda kecoh2 pun gua support Chels kat lu.

Ok,nak taw team number 2 aku? Real Madrid laaa.. haaaa,yang tu korang boleh tuduh aku support Real sebab CR.. kih3.. Buah hati tetap kena support beb.. ok bye!




p/s : apsal ntah kalau bab bola,segala2nya kena bandingkan dengan MU. errrrkkkk~

2 comments:

LubLy said...

nieh la reason yg paling tepat..chelsea ttp dihati weyyyyyy..hahaha

Why Farouk said...

yeahhhh,hi5 !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...