Saturday, June 16, 2012

Sentiasa Dalam Kenangan



Kita selalunya terlupa betapa singkatnya hidup ni,sehinggalah sampai suatu saat,Allah mengingatkan kita kembali. Pemergian seseorang yang kita kenali dalam hidup kita mungkin kadang kala terasa seperti tiba2 dan sukar untuk dipercaya.. Tapi itulah dinamakan perjalanan.. Dan setiap perjalanan pasti akan ada pengakhirannya..

Dan setiap yang berlaku, walau sekecil kuman pun, pasti akan ada hikmah yg terkandung disebaliknya. Cuma kita sebagai manusia perlu mencari, dan tidak hanya menanti. Perlu belajar dan tidak hanya minta diajar. Jika masih terasa samar, jangan pernah menjauhi Allah. Dan bila dekat, cuba kenali Dia. Cuba renungi kasih sayangNya. Cuba fahami qada dan qadarnya. Cuba cari rahmat dan hikmahNya. Cuba selami tujuanNya.

Hidup ini adalah milik Dia. Kehilangan sesuatu yang disayangi terus terang memang menyakitkan. Bukan senang untuk mencari kekuatan. Tapi sekali kita dah temui kekuatan itu, hanya kita yang tahu betapa nikmatnya kasih sayang Allah itu. Betapa kuatnya kasih sayang Dia sehingga ia boleh menghapuskan segala kedukaan yang terbuku. Mampu menjadi perisai kepada ujian yang mendatang.

Kepada sahabat saya, Faraheeda.. Teruskan perjuangan dalam mencari keredhaan Allah.. Kita perlu bersyukur kerana kita masih punya peluang di bumi Allah ini.. Masih mampu melihat matahari.. Masih mampu berjuang mencari rahmat dan hidayahNya.. Dan kamu masih punya mama ayah, adik2 dan sahabat2 yang menyayangi kamu.. Bersabarlah...

Ini adalah entri khas buat sahabat kami, Allahyarham Syafiq Omar. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin ya rabb al amin. Alfatihah..




Berita mengenai Allahyarham ada DISINI

2 comments:

Adylia Qarissa said...

al-fatihah untuk arwah..

Why Farouk said...

sama2.. alfatihah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...