Wednesday, July 18, 2012

Ramadhan Tiba Lagi




Assalammualaikum semua :)

Sehari dua je lagi umat islam seluruh dunia akan menyambut ketibaan bulan ramadhan. Alhamdulillah kita semua masih lagi berkesempatan untuk bertemu dengan bulan mulia serta penuh keberkatan ini.

Kalau tahun lepas,aku berpuasa kat rumah,kali ni tak. Tahun lepas, even dapat puasa kat rumah, tapi kurang syok sikit sebab busy kerja. Time tu baru je habis diploma. Bila busy kerja, balik lewat malam, time tu dah penat, so paham₂ la. Kalau boleh bulan puasa ni, ibadah tu perlu digandakan. Ni mampu buat yg wajib je. Ya Allah ruginyer bila fikir balik.

Puasa kali ni jatuh dalam cuti sem gak. Tapi aku tak cuti. Sebab kena buat intersesi dekat UiTM shah alam. So puasa kali ni merasa di tempat baru, suasana baru, mungkin kawan₂ baru, semangat baru (maybe), dan juga situasi yg baru. Puasa kali pun tak sama sebab mungkin ada insan yg sebelum ni bersama kita, dan kali ni takde (maybe lagi)..

Haih, walauapepun, semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dan ibadah kita diberkati serta dirahmati hendaknya. Kalau sepanjang tahun ni kita banyak berduka, banyak ujian yg menimpa, semoga kita menemui kebahagiaan rohani dari ramadhan kali ini. Sama₂lah kita bersihkan hati. Jangan sia₂kan kesempatan kita kali ini kerana tahun hadapan, belum tentu kita diberi peluang untuk bertemu ramadhan lagi..

Akhir kata, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarrak. Selamat berpuasa semua… :)


Love.....    

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...