Sunday, September 9, 2012

The Rule of Kuih Raya

Kebanyakan orang suka hidang kuih raya atas meja sampai tak muat meja tu dibuatnya. Kita pun jadi pening nak memilih. Dan kalau rasa kuih tu seindah rupanya takpe la gak. Ini macam indah khabar dari rupa. Kalau dapat tetamu yg macam Maria Tunku Sabri n Fauziah Nawi dalam iklan Ribena tu tak ke sia-sia je.

Kuih raya rumah aku tahun ni pun sama. Mana taknya semuanya beli. Aku sempat buat sejenis je. Serius aku tak puas hati dengan kuih raya rumah aku kali ni. Maaflah pada sesiapa yg bertandang tu. Kuih pun tak banyak, kuih biasa-biasa pulak tu. Aku paling bosan dengan maruku (meruku, muruku? whatever the real name are). Tapi mak aku ni tak taw la nape suka sangat tempah maruku. Percayalah maruku la kuih paling tak laku di musim lebaran ini mak.

Dalam banyak-banyak rumah yg aku bertandang raya kali ni, rumah sorang member ni yg paling syok. Tujuh jenis sahaja juadah yg dihidang tapi semua walaaahhhhh! mmmuahhh!


Fondant fruit cake, butter cake, popia mini, tart nenas, chocolate cupcake, and mushmallow (takde dalam gambar). Semua marvellous and sedappppp!
Simple, tapi worth it!
Rasa macam nak raya lagi rumah Sasa tahun depan. awwww..
*sila betulkan niat beraya anda

Btw, mama Sasa ni ada buat business bakery. Masa datang ni diorang baru je lepas buat wedding ceremony kakak Sasa. Gift untuk tetamu pun diorang yg buat.


Dalam boxes tu semua ada cookies n muffin. dap ngatttt!



Aku tak ingat apa nama page untuk mama Sasa punya bakery ni.
Apa-apa aku update kemudian wokeyh!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...