Friday, October 12, 2012

Hadapi Dengan Senyuman :)

I  believe semua orang yang ada dalam dunia ni pernah bersedih. Yang tengah baca entri ni pun aku percaya mesti pernah melalui saat2 sedih dalam hidup korang kan? So aku nak tanya, camna korang hadapi semua masalah tu ek?






Well there is a phrase yang orang selalu kata a bit klise but however, it was the pure cure after all.


BE POSITIVE


Yes, nampak macam simpleeee je. Tapi nak tanya, berapa ramai yang mampu buat macam ni? Berapa ramai yang mampu apply sifat begini dalam jiwa dan sanubari memasing? eceh.

Bila kita sedih, kita kecewa, kita fikir diri kita teraniaya. Kita cuba selongkar balik, bawak keluar segala yang pernah terperuk di dalam pekung masing2 then speak loudly, try to tell the world akan segala pengorbanan yang telah kita lakukan sehingga kita seolah2 tidak layak untuk disakiti walau sedikit pun.

Apa kata kita ubah..

Dari statement 'aku dah berkorban segalanya' kepada 'kita semua sebenarnya saling berkorban'..

Dari statement 'aku tak layak disakiti' kepada 'kita semua sebenarnya saling diuji'..

Dari statement 'apa sebenarnya silap aku?' kepada 'kita semua pasti melakukan kesilapan'..


Buang ego dalam hati tu saudara saudari sekalian. *cewah dah macam gaya penceramah agama lak aku.
Apa guna kita terus berburuk sangka.. Apa guna terus mencari kekurangan orang lain.. Apa guna? Apa guna? haaa kannnn..

Bukankah dengan kesilapan mereka itu juga yang akan membuatkan kita belajar dari kesilapan diri kita sendiri? Ingat, sekecil mana pun perkara yg berlaku dalam hidup ni pasti ada sebabnya.. Contoh kalau malam ni aku tak tergerak nak tumpang rumah cousin aku jap sebab abah aku tak dapat nak jemput aku kat terminal bus tadi, mesti aku tak taw hari ni birthday tunang dia. Mesti aku tak dapat makan bbq chicken and lamb yg marvellous tadi. Mesti aku tak dapat makan chocolate mousse yg enak banget tu. Blurppppp, alhamdulillah kenyang.. ok itu contoh ye sedara. Tapi ini kisah benar. Walaupun xda kena mengena sangat.. hurmmm.. *buat muka annoying*

Anyway!

Then aku teringat kat satu lagu dewa.. The lyric said;
 

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi

Hadapi dengan tenang jiwa
Semua akan baik2 saja.. 
 






So korang pulak camne? Hadapi dengan jiwa yg tenang atau jiwa yang kacau? Jangan sakitkan hati orang. Tapi lebih penting untuk tak terus menyakiti hati sendiri. Forgive everyone. Forgive yourself. ok?


 

1 comment:

Diemsisi said...

pernah menghadapi situasi di atas, tapi apa yang DMCC belajar dari situasi tersebut, seperti entri di atas kalau kita bersikap positif hasilnya pun positif jugak ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...