Thursday, January 24, 2013

Ingat Pesan Rasulullah




Assalammualaikum dan Salam maulidur rasul buat semua umat islam. Sempena maulid nabi yg mulia ni, aku nak share salah satu pesan Rasulullah yg betul2 meninggalkan kesan dalam hati aku. Rasa macam dah pernah share benda ni, tapi tak ingat la. So takpe kan kalau nak share lagi sekali. Please. hehe.

Aku pernah menghadapi suatu keadaan dimana aku tercari2 akan kebenaran di sebalik ujian yang aku terima supaya aku boleh fight balik semua tu demi untuk mencari suatu keadilan. Hah, sound serious kan? Memang pun. Tapi daripada niat asal untuk mencari keadilan tu telah bertukar menjadi suatu perjuangan untuk memperbaiki dan mempelajari erti hidup ini sendiri apabila bermacam2 perkara mengenai sejarah, firman Allah dan juga pesan2 Rasulullah yg aku jumpa sepanjang pencarian aku tu..

Segala pesanan dan peringatan buat kita semua yg selama ni kita tak sedar akan tujuannya, akhirnya buat aku kembali sedar apabila ujian itu berlaku pada diri sendiri. Dan pesan Rasulullah yg amat terkesan dalam diri ni adalah;


'sesungguhnya satu hari nanti kalian akan diuji dengan hal-hal yang berkaitan dengan ahlul bait ku'


Biarlah aku sorang yang tahu kenapa pesan Rasulullah yg ni betul2 menyedarkan aku akan segala hikmah yg
berlaku disebalik semuanya. Tapi kerana pesan ini jugalah, aku berhenti dari niat aku yg asal kerana ingin
mencari keadilan dan menukarkan semuanya kepada suatu perjuangan untuk menjadi hambaNya yg
bertaqwa. Sesungguhnya ini semua ujian dan aku perlu redha. Dan jika kita semua hayati akan segala
pesanan Rasulullah, pasti kita akan nampak betapa kasihnya Rasulullah pada kita semua. Dan Inshaallah,
rasa kerinduan kita terhadap Rasulullah juga akan bertambah.

Sesungguhnya kasih sayang Rasulullah terhadap kita amat besar biarpun darah yang mengalir dalam tubuh
badan kita semua tak sama. Sedarkah kita akan semua tu?

Marilah kita sama2 mendoakan yang terbaik buat sesama kita. Dan semoga Allah sentiasa mengurniakan
darjat yang tertinggi dan terpuji buat Rasulullah saw hendaknya.


picture source : iluvislam.com

2 comments:

KunisaaKay said...

Jom kejar syurga!! Sama2 kita perjuangkan... :)

Why Farouk said...

inshaallah.. istiqamah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...