Friday, February 1, 2013

Soto dan Lontong – Dasar Johorean



Assalammualaikum semua.

Masa aku menetap dekat Perlis selama tiga tahun dulu, jarang sekali nak jumpa dua jenis makanan ni. Soto tu ada la jugak kekadang terjumpa. Tapi nikmat dia tak sama macam soto kat Johor. Soto kat Johor, sambal kicap dia lain macam sikit sedapnya. Pedas, pekat, melekat. *peh telan ayaq liuq sat*

 eh ni bakso. bukan soto. bakso kat Intan Foodcourt UiTM Segamat. Sedap. 
*takda motif langsong*

Cakap pasal sambal kicap, kat Perlis dulu aku tak pernah jumpa langsung pisang goreng ke, tempe goreng ke or segala yg goreng2 la cicah dengan sambal kicap. Kalau aku cakap dengan orang sana pun mesti diorang fikir eh apa ke peliknya makanan orang Johor ni. Haaa.. Tak rasa tak tahu.. Nikmat gila hokeyhhh.. Atok aku lagi rare. Dia suka goreng pisang guna tepung pisang goreng Adabi tu then cicah dengan sambal kacang. Pelik kan? Tapi sumpah sedap. Sape ntah yang ngajo atok aku tuh. Pepelik je. *kutuk puji kutuk puji eh ape la*

http://melissathegreat.files.wordpress.com/2011/07/img_0545.jpg
 terbaik gilaaa.. adoi, membunuh betul gambar google ni.


Tapi sejak duduk segamat ni, soto dan lontong ni memang berlambak la aku jumpa. Sampai muak aku makan. Tapi takkan pernah jemu. Aku suka soto dekat Cafeteria Ibu UiTM Segamat. Pepagi before masuk kelas, aku breakfast soto kat situ. Tapi orang segamat mesti tahu ada satu warung yang jual soto n lontong kat Kampung Jawa. Marvellous and seriously sedap. Sate paru kat situ pun best. Dekat Jementah pun ada satu tempat yg best, dekat Medan Selera yang ada durian gergasi kat depan medan selera tu. Dua tempat ni orang ramai suka serbu time breakfast. Mostly budak UiTM yang suka serbu sebab student UiTM memang kuat makan. *ok statement ni takde kene mengene*

 Inilah dia soto dan lontong made in kampung jawa. Terboikkkk.





Soto kampung jawa memang jadi hot spot breakfast for student cam kitorang.


Banyak lagi la makanan Johor yang dulu aku tak jumpa kat Perlis, yang aku rindu2, sekarang bersepah2 aku jumpa sejak duduk Johor balik. Tapi kesimpulannya, aku tak dapat nafikan, makanan Johor memang best2. Bukan nak puji beb, tapi kita pernah dok tempat orang, so kita boleh compare. *tetap nampak racist tak? Kih3*

Apa2 pun, dah duduk dekat Johor, aku rindu gak r makanan utara and pantai timur. Kat johor ada, tapi rasa tetap tak sama. Normal la tu kan? Next sem aku plan nak visit Perlis. Time tu aku nak cari lokchin and makan lokchin pepuas. Huihhhh, tak sabar tak sabar tak sabar! *sebut macam lisa sebut dalam Istanbul aku datang. Lol*

Haha.. ok la.. Till next guyz.. Bye

5 comments:

ella said...

nyam nyam nyam
enak :)

F.A.R.A -.- said...

sedapnyeeee! ni kat belah mane why?

Why Farouk said...

amboi awak. hehe

Why Farouk said...

dekat kg jawa, depan sekolah apa ntah. best weyh.

Siti Nurhawa Zul Bahrin said...

Warung soto wageh... Dpn sk kg jawa... 012-7279224 utk tmpahan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...