Tuesday, February 12, 2013

Stok di Kala Migrain



 Migrain. Siapa yang ada penyakit ni, korang jela yang tahu apa rasanya bila diserang migrain. Kebanyakan orang akan diserang migrain bila stress yg melampau. Dan ianya sangat jarang berlaku. Tapi ada juga yang menghidap migrain setiap hari, malah boleh kena serang 2 ke 3 kali sehari. Dulu aku pernah mengalami keadaan ni. Masa diploma dulu, aku wajib diserang migrain di waktu pagi, tengahari dan lewat petang. Sakit sangat sampai aku pernah hentakkan kepala aku kat dinding sebab tak dapat nak tahan sakit. :(
 
Aku mula dapat penyakit ni after habis spm. Dan migrain tu berterusan sampai sekarang. Risau juga sebab melibatkan kepala. Kita mana tahu apa yg berlaku kat dalam kepala kita ni. Migrain dikatakan akan berterusan walaupun penghidap tidak berasa stress kerana kemungkinan urat saraf yang telah rosak disebabkan serangan migrain yang sebelumnya. So that’s why aku senang dapat migrain eventhough aku tak stress or maybe stress yg cikai cikai je. Contoh stress yg cikai cikai adalah, bila bangun pagi, aku tak boleh bangun secara mengejut. Aku celik mata, dalam 15 minit or 30 minit, baru akan bangun slow slow. Kalau aku bangun mengejut, kepala aku akan sakit sangat. Dan kesannya, jangan harap aku nak tumpu perhatian dalam kelas.

But one more thing yang korang kena tahu, migrain yg teruk tidak hanya menyerang kepala, tapi mampu merebak hingga separuh badan. Dan itu adalah perkara biasa yang aku perlu hadapi. Biasanya aku akan migrain di sebelah kepala bahagian kiri, dan akan merebak sehingga bahagian kiri anggota badan aku yg lain. Itu akan menyebabkan badan terasa bisa, sakit, lemah dan menggigil. Aku dah puas dah kena cop pesakit Parkinson dengan kawan aku. Siot betul.

Dan effect yg terbaru, mata kiri aku sendiri dah semakin kuyu sebelah kiri dan jadi makin kecik. Dah tak sebulat mata kanan. Sedih kot korang. Takut sangat jadi lebih serius. Hurmmm.. Mata pun dah start kabur2. Last check mata, aku memang dah ada rabun jauh sedangkan 2 bulan lepas, mata aku masih dikira normal and still below 100. Sekarang dah dekat 200. Sekejap je naik wey. Masalah silau pun normal bagi aku. Sampai kawan aku selalu tegur muka aku yang selalu berkerut2. Hoih, bukan aku sengaja taw nak buat kekerut gitu! *nanges*


tengok.. mata dah stim sebelah je.. huhu





 ni bukan gambar candid. Tapi gambar bukan candid pun aku dah berkerut camni, apatah lagi kalau candid.

Hancussss.


So orang macam aku ni memang kena jaga makan, jaga stress, jaga macam2 la.. Dan kalau aku tak mampu tahan sakit, aku akan ambil juga ubat tahan sakit ataupun ubat migrain. Tapi tak boleh ambil selalu sebab ubat ni tak mengubati, cuma mengurangkan buat sementara waktu. 


stok ubat aku..

Untuk makluman, punca dan penawar migrain masih lagi tidak diketahui sampai sekarang. Buat masa sekarang, penawarnya adalah sabar dan rajin2 lah membaca alfatihah, selawat dan baca ayat 19 surah al-waqiaa sebanyak 3 kali, after that sapu di kepala yang sakit. Sebaik2 pertolongan adalah dari Allah swt juga kan :) 


Apa2 pun, Why doakan anda semua sentiasa berada dalam keadaan yg sejahtera sentiasa, dan doakan Why juga sehat sejahtera sentiasa ye.. amin.. Till next..

5 comments:

Al-Azrul Iqmim said...

camne2 pun tetap cantik :)

maria firdz said...

suami sy mmg teruk migrin... hmm.. mmg kesian lau tgk dia kna migrin yg teruk..
bythe way
salam kenal dan follow:
http://myfirdz-trulylove.blogspot.com

Why Farouk said...

tq awok. alhamdulillah :)

Why Farouk said...

hurmm.. memang kak. nak buat apa pun x boleh bila kena.. salam kenal kembali :)

ahmad endo said...

selalunya kalo orng kena migrain kena tido lam gelap tak leh ada cahaya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...