Sunday, June 9, 2013

Brown & Hayley: Syurga Dalam Mulut





Salam semua.

Ok, benda ni sebenarnya aku nak share lama dah. Tapi aku ni busy sampai asyek delay je post. Aku pun confuse kekadang sama ada aku ni pelajar jurusan kewangan ataupun seorang menteri kewangan.
Hari tu. Aku tak ingat bila. Tapi tahun nilah jugak. Kakakaka. Dah lama siot. Ok back. Hari tu, member aku bagi aku rasa satu coklat ni. Aku rasa ramai antara korang penah rasa chocolate candy ni. Tapi brand ni takde la sefemes KitKat mahupun Cadbury korang  tu.




Hah. Inilah dia candy yang aku makan tu. Nama dia cashew roca, dibawah jenama Brown & Hayley. So kenapa dengan toffee ni? Aku just nak cakap yang toffee ni…………………..awesome gilos! Sedap weyh. Aku kunyah tak berhenti kot.

So di atas dorongan keawesomemannya (pandai lah engko nak sebut), aku menggatalkan la tangan untuk menggoogle jenama Brown & Hayley ni. 


SIAPA BROWN SIAPA HAYLEY? COUPLE KE?

Suka hati kau je. Angpa ingat depa gay ka? Diorang ni member sekerja. Actually Harry Brown and JC Haley ni dah start business chocolate manufacturing sesama since 1913 lebih kurang di Tacoma WA, US. But after that, time ni tengah World War 1, so business failed tengah jalan.

In 1923, diorang start up balik. Berbekalkan strategic management yang diorang plan sepanjang masa kejatuhan business, diorang muncul semula dengan memperkenalkan produk terbaru yang dinamakan Almond Roca confection and produk ni terus jadi hit seluruh US (ceh dah macam jual lagu pulak ayat aku ni).







Kalau korang perhati lah, produk2 hebat yang berada di pasaran ni, actually kalau kita baca sejarah perniagaan diorang, semuanya pernah failed. So sebagai seorang insan yang terpilih di atas muka bumi ini, marilah kita sama2 sedar yang sebenarnya semua orang senang atas dunia ni memang akan bersusah dahulu sebelum kesenangan itu dapat dicapai.


100TH ANNIVESSARY OF BROWN & HAYLEY

Tudia. Diam tak diam dah 100 tahun dah company ni ran their business. Ni kalau manusia ni confirm dah arwah. Hurmmm dan sambutan ke 100 ulang tahun syarikat Brown & Hayley ni telah berlangsung di Fair Museum, Western Washington.




So kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal Brown & Hayley ni boleh la ushar website or FB page diorang.



 siap ada share resepi lagi dekat site diorang.


Bebudak fakulti business kalau nak buat assignment ke, tengah cari company yang rare yang jarang kita dengar, boleh lah try buat pasal depa ni k. ok till then everybody, assalammualaikum :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...