Wednesday, March 12, 2014

Pray For MH370


Assalammualaikum. Hey everyone. It's been a long time. After a while for being dissapeared, suddenly Why Farouk kembali menulis di blog. Lol. Cara mukadimah macam blogger famous yang dirindui ramai manusia padahal entah ada yang baca ke tak entry aku ni.

Terpanggil untuk menulis entry kembali disebabkan tragedi yang menimpa pesawat MAS Boeing 777 MH370 sejak 8 Mac lalu. Sejak? Ya. Hari ini, tanggal 12 March 2014, pesawat tersebut masih lagi belum didengari khabar beritanya. Suatu perkara yang amat mengejutkan bukan hanya bagi seluruh rakyat Malaysia malah juga di seluruh dunia.

Saya tak nak bercerita tentang kronologi kehilangan pesawat Boeing 777 tersebut kerana saya percaya anda semua boleh mendapatkan info yang lebih tepat di laman media yang lainnya. Cuma apa yang ingin saya timbulkan disini, mengapa kita yang terpilih untuk menghadapi ujian seumpama begini?

Walaupun, mereka yang berada di dalam kapal tersebut bukanlah saudara sedarah mahupun sahabat handai, tetapi kita ambil atas dasar sesama manusia, sesama hamba di bumi Tuhan yang luas ini.

Hilang secara tiba-tiba. Tanpa sebarang kesan dan petunjuk. Tanpa sebarang sebab yang munasabah, bagaimana pesawat yang telah dilengkapi dengan sistem keselamatan dan komunikasi yang sangat canggih, lenyap secara misteri. Kalau difikirkan secara logik, memang tak mampu kita capai dengan akal. Tapi jika kita pandang dengan iman dan hati, segalanya mungkin terjadi.




Biarpun jasad mereka, tidak diketahui sama ada masih bernyawa atau tidak, tapi saya percaya, anda diluar sana, sentiasa berharap agar mereka masih hidup dan dilindungi Allah sentiasa hendaknya.

Honestly, this is our darkest time, especially for us, Malaysian. Bangun pagi setiap hari tak pernah berhenti memikirkan apa yang telah berlaku. Apatah lagi semuanya masih lagi dalam tanda tanya. This waiting somehow are killing us. Seriously. Selepas diuji dengan kemarau, krisis air, jerebu, dan terbaru MH370, rasanya terlalu banyak perkara yang perlu kita renungkan. Tapi percayalah, yang baik itu sentiasa dari Allah. Dan yang buruk itu adalah dari kita. Semoga Allah mengampuni dosa dosa kita hendaknya.

Buat semua, jangan pernah berhenti berdoa. Jangan putus harapan. Dalam masa yang sama, redha dengan qada dan qadar tuhan. Doakan yang terbaik. Percayalah, akan ada khabar gembira buat mereka yang sentiasa sabar dengan ujianNya.
 


Semoga Allah sentiasa memberikan kekuatan buat keluarga mangsa. Semoga Allah sentiasa memberikan kekuatan buat kita.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...