Sunday, January 17, 2016

Tujuh Villa di Bali dengan Private Pool bawah RM200/malam

Hye. Assalammualaikum semua.

Well aku pernah jumpa post dekat facebook tentang private pool villa yang affordable untuk rakyat marhaen macam aku ni. Hanya menelan kos USD100/night memang boleh diketegorikan sebagai murah sebab Bali memang terkenal dengan villanya yang cantik dan unik. Kalau dekat Malaysia mau dekat seribu jugak per malam. Eh banyak ke villa with private pool kat Malaysia ni? To be honest, Malaysia memang agak ketinggalan sikit bab bab tourism attraction macam ni. Like seriously. Sayang sangat tengok tempat yang high potential macam Port Dickson, Cherating, and our lovely islands around Malaysia tak dibangunkan secara komersial macam what Indonesia or thailand did with their land.

Go on disagree with me. But if you've seen Bali, Lombok, Krabi, you will definitely be on the same page with me. It is really amazed how people there used every part of the land, every talent, every culture they have to attract the tourist. Tourism is like their business, and everybody are getting involved with it. Tak payah harapkan government semata nak bangunkan tempat tu. Or maybe government kita sendiri yang nak manage everything. Whatever. Not gonna touch about it too deep.

So, comeback to the highlight. Yes, Villa murah di Bali under RM200/night with private pool. Haha. Jauhhhh aku melalut. Here come the list. Aku dapat survey 7 villa ni je. And aku yakin sebenarnya ada banyak lagi villa yang affordable, but at least, i hope the list able to help bakal bakal travelers sekalian.

1. BALI ELEPHANTS BOUTIQUE VILLA


Terletak di Jimbaran, dan menawarkan villa bercirikan balinese-style, villa ini juga menyediakan perkhidmatan wifi, massage service and also airport shuttle service.


Bathroom ada bathtub, ada kitchen lengkap dengan dining area and private pool bebetul sebelah bedroom. Oh ye, breakfast jugak disediakan. Tips kalau di Bali, make sure pesan dekat staff yang korang ni Muslim since dekat sini tak ramai Muslim. Karang dibaginya breakfast babi guling tak ke terkesima mak disitu.


Hanya 20 minit drive dari airport, and kalau korang nak berjimba dekat area Kuta yang happening, driving from here will took around 25 minute drive.

2. BALI VIDI VILLAS


Sejam perjalanan dari airport, villa ini terletak di daerah Sukawati. Sesiapa yang bernama wati pasti sangat suka dengan villa ini. Okay tak kelakar. Kalau korang nak pergi Sukawati Art Market, Sanur Beach or Bali Bird Park pun akan took around 10-20 minutes je drive from the villa.


Bathroom ada bathtub, ada kitchen area, dan breakfast juga included in room rate. Tapi paling penting sekali, ada private pool okay. Kau nak mandi bogel dalam tu suka hati kau lah kau yang bayar.


Cun kan? Apa lagi gaissss.

3. VILLA UNIQUE


Terletak di Ubud, satu daerah yang sangat terkenal dengan kecantikan dan ketenangan kawasannya. Nak tengok paddy terrace yang lawa gila tu dekat Ubud la. Mengambil masa satu setengah jam perjalanan dari airport, Ubud Market, Ubud Palace dan Neka Art Museum pula terletak hanya 10 minit drive dari Villa Unique.


Dilengkapi dengan bilik tidur yang luas, dapur dan ruang makan, dan yang paling penting, private pool, all by myself. Eh macam aku pulak yang nak duduk sini.


Sitting area pun luas, sesuai kalau nak ambil angin petang. Siap boleh golek golek baring atas lantai baca majalah macam dekat rumah.

4. KARANA VILLA


Terletak di Denpasar, hanya 45 minit drive ke airport and kalau nak hangout dekat Seminyak pun hanya mengambil masa lebih kurang setengah jam. Seminyak merupakan sebuah pekan yang happening jugak selain dari Kuta.


Macam biasa, villa dekat bali memang tak kedekut space. Dia tak bagi bilik tidur dek dek je dengan private pool. Dibaginya sekali kitchen and dining area. So great. Breakfast also include in the room rate.


Sangat spacious. Sesuai kalau bawak budak budak.

5. JAGI VILLA


Haaaa. Saje nak bagi intro gambar malam sebab nak tunjuk lilin tepi pool tu. Sweet je kan kan. Nak nak tengah honeymoon tu. Pergghhh. Inzal ke tu? Kahkahkah!


Terletak di Ubud, Jagi Villa mengambil masa selama satu setengah jam untuk sampai dari airport. Antonio Blanco Museum hanya mengambil masa 7 minit berjalan kaki dari villa ini. Sesape yang nak join yoga, boleh pergi dekat Intuitive Flow. 10 minit je jalan kaki.


Macam biasa villa ni dilengkapi bedroom, kitchen, dining area dan private pool. Day bed pun disediakan untuk mereka yang suka tidur siang dekat luar bilik. Tengah bercuti pun mau tidur siang kaa? Cait!

6. SISTA VILLA SANUR


Nasib baik nama villa tu bukan suster ngesot. Cait. Tak lawak lagi. Terletak sejauh 6 batu dari airport, iaitu di daerah Sanur, so engkorang kira la sendiri 6 batu tu berapa jauh. Aku failed betul bab batu batu ni. This is shame.


Kat area Sanur ni famous dengan Sanur Beach dia, and also Serangan Turtle Island. Nama dia macam questionable sikit. Serangan turtle? Serangan penyu? Ninja turtle? Whatever.


Very spacious, ada kitchen area, pool area. Ko nampak tak aku banyak ulang ayat sama je dekat semua villa? Oh lupa nak cakap, most villa memang akan sediakan kitchenware dekat dapur. Setakat toaster, microwave, dining table, tu semua inshaallah wajib ada.

7. GRAHA RUSNI


Terletak di Ubud, villa ini letaknya 16 batu dari airport. Ada banyak attraction dekat sini seperti Ubud Market, Ubud Palace, Monkey Ubud Forest dan Elephant Cave.


Dilengkapi dengan private pool, bathtub, kitchen, dining area dan sitting area, villa ini juga menawarkan suasana desa yang sangat tenang dari hiruk pikuk mangkuk tenuk kota, sesuai untuk mereka yang cuba mencari tempat untuk menjauhkan diri dari bos tempat kerja mereka yang tak guna tu. Just saying. Jangan la serius sangat.


Classy gila kan design villa ni? Meja makan pun besar.


So guys, agak agak menarik tak? Dont worry, kalau rasa takde yang berkenan tu, boleh try cari lagi. Dekat Agoda, Booking.com, Hotels.com and beratus lagi laman web yang boleh membantu pencarian korang. Yang aku tunjuk ni adalah villa yang memang murah rate dia, bukan murah sebab ada promotion semata. Kalau murah rezeki korang, rajin search, villa mahal pun boleh dapat murah bila tiba waktu promotion.

Oh ye, tips untuk booking villa di Bali ni, kalau korang datang untuk honeymoon, jangan lupa mention kat diorang. Villa dekat sini mostly are private. So customer punya satisfaction are very important to them. Permintaan korang inshaallah diorang akan cuba tunaikan. So kalau bagitahu yang korang on honeymoon vacay, korang datang tu confirm dah siap itik angsa bunga bagai atas katil. Nak breakfast yang halal pun mention je. Airport shuttle pun selalunya disediakan but kena remind diorang at least a day before arrival. Kot la diorang lupa.

So, tu saje yang aku boleh share dekat sini. Nak information yang lagi tepat, kau taip je dekat google nuh. Semua di hujung jari. Sekian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...