Friday, September 23, 2016

Itinerari Honeymoon 4 Hari 3 Malam di Bali

Assalammualaikum.

Lama tak berblogging. Actually aku dah berazam yang selepas ini, no more useless and entri 'kosong' dari aku. No more meroyan setiap kali ada problem. Nak share pasal information je. Supaya blog aku nampak jugak berfungsi walaupun mungkin tak ramai yang nak tengok.

So today, aku nak share tentang honeymoon trip aku di Bali pada bulan Jun yang lalu. Yes, selamat pengantin lama buat aku. Ada masa nanti aku share pasal bajet kawen aku. Wakaka.

So entri tentang Bali akan dibahagi ke beberapa bahagian. Bahagian pertama ni aku nak list tentang itinerari aku sepanjang 4 hari 3 malam dekat sana. No additional information. Just an itinerary list supaya boleh dijadikan panduan buat mereka yang nak ke Bali buat pertama kali nanti.

So since aku pun baru pertama kali ke Bali, I choose to visit tempat tempat yang memang dikenali sebagai signatures of Bali sahaja. I meant kalau kau pergi Bali tapi tak pergi sini, jangan mengaku kau penah jejak ke Bali. Wah, over pulak. Sebab Bali ni besar. Setakat 4 hari 3 malam, ko mampu cover tempat tempat yang the so-called main attraction ni je. Itupun tak puas. Apa pun Bali memang best. So silakan menelaah itinerari aku yang simple ni dan juga sedikit gambar appertizer sebelum kita move to main course di entri seterusnya.

Hari Pertama (Rabu 1st June 2016) :

10:50am - Bertolak ke Bali menaiki flight Airasia.
2:00pm - Tiba di Airport Ngurah Rai, Bali.
3:00pm - Bertolak ke Ubud.
4:30pm - Tiba di Ubud dan terus check-in di Pondok Naya Villa. Rehat di Villa sampai malam.
6:00pm - Early dinner.
8:00pm - Jalan jalan di pekan Ubud.
10:00pm - Balik Villa. Rehat dan tidur.

Pagi sebelum subuh dah sampai airport. Semangat betul.
Villa kami di Ubud. Nak tengok dalam dia macam mana? Tungguuuuu..

Hari Kedua (Khamis 2nd June 2016) :

8:00am - Breakfast, terjun pool, mandi dan siap siap nak berjalan jalan.
9:30am - Bertolak dari Ubud ke destinasi pertama.
10:00am - Visit Tegalalang Rice Terrace.
11:00am - Visit Manik Abian Bali Agriculture (coffee & herbs plantation).
12:00pm - Lunch at Kintamani (volcano view).
2:00pm - Bertolak ke Tanah Lot.
3:30pm - Tiba di Tanah Lot (lepak tunggu sunset).
6:30pm - Bertolak balik ke Ubud.
7:30pm - Tapaw dinner dekat Restoran Nasi Padang.
8:30pm - Tiba di Villa. Makan, terjun pool, mandi, tengok tv then tidur.

Lunch pertama kami di Bali. Agak agak dekat mana ni ye? 🤔

Tanah Lot. Memang cantik tempat ni. Popular as sunset view spot.

Hari Ketiga (Jumaat 3rd June 2016) :

8:00am - Breakfast, terjun pool, mandi, ready to check out.
9:30am - Check out from Pondok Naya Villa.
10:00am - Journey start to next destination.
12:00pm - Visit Pandawa Beach.
1:00pm - Visit Padang Padang Beach.
2:00pm - Visit Uluwatu.
3:30pm - Lunch at Wong Solo, Kuta.
4:00am - Check in at Grand Hardys Kuta. Rehat Kejap.
5:00pm - Dinner sunset di Jimbaran.
8:00pm - Shopping Souvenir di Krisna 4.
9:30pm - Balik hotel. Mandi.
10:00pm - Massage time at Body Fit Spa & Salon, Kuta.
11:30pm - Balik hotel & tidur.

The highlight of our third day journey in Bali. Rindu. Erggghhh.

Hari Keempat/terakhir (4th June 2016) :

9:00am - Breakfast, mandi, packing for check out.
12:00pm - Check out from Grand Hardys Kuta.
12.30pm - Shopping souvenir at Krisna 3.
2:00pm - Bertolak ke Airport Ngurah Rai, Bali.
2:30pm - Tiba di Airport.
6:00pm - Bertolak balik ke Kuala Lumpur dengan flight Airasia.
9:00 - Tiba di KLIA.

Balik. Nilah airport Ngurah Rai, Bali. Ni part paling hambar and sedih setiap kali vacay.


Well, itu sahaja itinerari ringkas tapi padat dari saya. Untuk lebih detail, nantikan entri seterusnya okay! 😘





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...